Saturday 10 November 2007

::atas nama cinta::



Tika mata diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
pada DIA yang lebih sempurna

Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba
Dan kucuba meninggalkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murkaNya menghukum leka

Di atas nama cinta
Pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasihNya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya DIA yang Esa

Di atas nama cinta pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh redha
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
sehingga kurasai nikmatNya..SyurganYa.. cintaNya

Saturday 3 November 2007

Winter Retreat in France

Tak berpeluang utk join PMS di UK krn clash dgn tarikh cuti? mahu tukar angin ? InsyaAllah sisters2 usrah akan anjurkan winter retreat (Perhimpunan Musim Sejuk) yg pertama di France. Walaubagaimanapun, PMS di France hanya dibuka kpd wanita shj..Setakat ni, dah ade lebih 30 orang yg akan join, including sisters from Ireland dan Prague selain dr France..Kami bukan shj akan mengadakn sesi perbincangn, malah aktiviti2 luar yg sportif! Oleh krn pms kali ni adalah 'adik' kpd pms sebenar yg akan berlangsung di UK, kami akan mengadakn pendekatan yg sama iaitu CTRL+SHIFT+ENTER.

Tema : alt + ctrl + shift ( sama dgn PMS UK )
Tarikh : 23-27/12
Venue : CHICHILIANNE, near Grenoble

For more info : responsable de registration mimi at lakeplacid_555@yahoo.com