Tuesday, 13 March 2007

How Do We Treat The Precious??

wonder what would happen if we treated our Qur'an like we treat our cell phones? What if we carried it around in our purses or pockets? What if we turned back to go get it if we forgot it? What if we flipped through it several times a day? What if we used it to receive messages from the text? What if we treated it like we couldn't live without it? What if we gave it to kids as gifts? What if we used it as we traveled? What if we used it in case of an emergency? This is something to make you go ...hmm...where is my Quran? Oh, and one more thing. Unlike our cell phone, we don't ever have to worry about our Qur'an being disconnected !

Sunday, 11 March 2007

Back To School..!!!

duhh..really dunt have the 'will power' for tomorrow..3 tests/exams are just around the corner..im so damn malas and i dunt have any interest at all..feel like a robot.doing the same thing everyday..class starts at 8am till 5.30pm..EVERYDAY the same..ARGHH!!!! this thing is killing me.hurm i know that whining wont change anythng..so,all i can do now is study(oh great!!that's the only thing that i can do here..*being sarcastic*) ok.gtg.have to prepare for tomorrow..salam.


Tuesday, 6 March 2007

Pagi2 Dah Dpt Msg Dari Rumet

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu... Pasti akan damailah hatimu, kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia... Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya.


*tenkiu rumet..0ps..ex-rumet..=p

Monday, 5 March 2007

Cerpen Buat Sahabat

Dedicated to the missed one..

Manalah mamat ni! Aku merengus sendirian tatkala langkahku melaju melawan detikan jarum jam yang kurasakan saatnya begitu kejap. Mata kecilku liar mencari Presiden Kelab Tae-Kwon-Do itu. Argh! Ni belum lagi mula latihan, aku dah buat warm-up sendiri.Peluh laju membasahi uniform putih yang baru dihadiahi seorang abang senior.Sebagai hadiah hari jadi katanya.Pelik juga aku dengan perangai Abg Muaz tu. Muka dahla hensem, aktif sukan pula tu.Adus.Siapalah yang tak cair..Ya Allah! Apa aku fikir ni? Pang! Pang! Fokus Ili.Fokus.Cari mamat gila tu sampai dapat dulu.Kisah Abg Muaz tu,belakang kira.

"Sham! Jom!" Jeritku sekuat hati, melepaskan geram yang sudah bertimbun sedari tadi.Ces.Boleh kau tersengih-sengih macam kerang busuk kat pondok tu. "Jom? Kita nak pergi mana, sayang?".

Tak semena-mena mukaku merah sesaat dua.Apa puncanya pun aku tak pasti.Penat agaknya.Phewitt.Phewitt.Terdengar sorakan pelajar-pelajar lain diselangi hilai tawa Sham sendiri. Rosham Noor. Wajahnya tak pernah lekang dengan senyuman yang dapat menyinari hidup mereka di sekelilingnya.Ya.Satu sekolah termasuk guru-guru dan staff perpustakaan amat menyenanginya.Hidup aku dan Sham berbeza.Sham seorang yang pandai bawa diri di mana-mana majlis, aku pula akan kaget kalau diletak di tengah-tengah orang ramai. Sham pembahas bahasa melayu, aku pula setakat debater simpanan.Satu sahaja persamaan kami: tae-kwon-do.

"Ok2.Jom pergi.Sori lambat lagi.Budak-budak ni ajak aku borak sampai aku tak sedar dah pukul 3.Nasib baik kau datang panggil.Bertuah aku dapat kau sebagai Naib Pres.Terima kasih."

Kubiarkan Sham berbicara sendirian.Kotak mindaku sibuk menyusun rangka-rangka ayat, alasan mengapa kami lambat kali ini.
_____________________________

Assolah tu khoirumminan naum...Solat itu lebih baik dari tidur..Allahuakhbar..Kugentil-gentil mata.Emm..Aku kenal benar suara bilal ini..Rajin betul sahabatku ini bangun pagi dan laungkan azan.Kalau pergi surau, dialah no.1.Kalau pergi latihan kelab, dialah no.1 paling lambat.Tersenyum aku sorang2.Aku?Confirmlah no.2 paling lambat kalau asyik kena cari tuan presiden sahaja.Hehe..Lantas kugapai tuala untuk membersihkan diri.Menyembah Tuhan yg Maha Esa.Terima kasih Tuhan kerana masih berikan aku peluang untuk hidup,dapat lihat semut-semut melata..dapat mendengar kicauan beburung di pagi hari ini..Terima kasih Tuhan.
________________________

Hurm.Berapa lama lagi nak sampai Teluk Senangin ni?Aku berkira-kira walaupun sememangnya aku sendiri tak pasti masa perjalanan dari sekolah ke Teluk Senangin itu.Hari semakin gelap.Aku dah tak sabar ni.Sememangnya inilah yang aku nanti-nantikan.Kursus kepimpinan kelab.

Kehadiran ustaz yang duduk bersama-sama Sham membuatkan aku dah Qilah kurang selesa kerana kami duduk di seat hadapan mereka.Susah betul untuk kami borak perkara-perkara rahsia.Takut didengari ustaz.Buat nanya sahaja nanti.Baik aku jangan cari pasal.

"Kejap!Kejap! Tunggu!" Aku yang duduk di tepi tingkap dapat lihat seorang makcik yang sedang membonceng motosikal suaminya, melambai-lambai menyuruh bas berhenti.Semua orang terpinga-pinga.Kotak minda masing-masing penuh tanda tanya.

Kejap itu juga,Sham keluar dari perut bas mendapatkan kedua orang tua itu.Dikucup kedua-dua tangan mereka.

"Ha, Ili.Mertua awak".Kata ustaz dengan selamba.Erk!Apa kena ustaz ni?Bukannya aku ada apa-apa hubungan dengan dia pun.Aku buat-buat tak dengar.Lagipun aku memang takut nak bertentang mata dengan ustaz lepasan Universiti Al-Azhar ni.

Malam itu, kami 'qiqah' buah-buahan yang diberikan ibubapa Sham.Baik sungguh mereka.
________________________________

4 tahun berlalu...

Lagi beberapa bulan aku akan ke luar negara,sambung pengajian.Sebelum pergi,aku memang ada satu benda yang ingin kulakukan.Jumpa Sham.Aku tak tahu kenapa aku teringin sangat untuk bersemuka dengannya.Aku sendiri tak tahu dia dimana, masuk universiti apa, nombor telefon lagi aku tak tahu.4 tahun berlalu tanpa sebarang khabar darinya.Tapi tak mengapa.Aku akan terus mencari sementara kakiku masih jejak di bumi Malaysia ini.
________________________________

Raya ketiga,2005.Hatiku menari-nari gembira.Sham nak datang beraya...!! Walaupun hari ini openhouse untuk rakan-rakan aku dan adikku sahaja, namun ibu dan ayah turut sama bersemangat.Macam-macam ibu masak.Aku rasa raya kali inilah ramai rakan-rakan sekolah lama datang berkunjung.Maklumlah, semua dah besar dan punya kereta.Aku rasa sangat gembira dapat jumpa rakan-rakan lama..Impian untuk berjumpa Sham kembali, tercapai.Itulah kali pertama dan terakhir..
______________________________

Sudah dua bulan aku di perantauan.3 bulan pertama,hidup bersama keluarga angkat.Orang Perancis.Banyak benda baru aku pelajari,secara suka mahupun terpaksa.Hidup di negara kafir ini membuatkan aku merindui Malaysia yang teramat.Tetapi, keadaan jadual yang pack membuatkan aku tak menang tangan.
"Wei mak datin ni busy sangat ke?Tak call aku dah ke..Sampai ati ko yerk.Jangan lupa Tuhan.Lagi satu jangan nakal-nakal duduk sana." pesan Sham.Maafkanku,Sham.Nanti aku call, ok..

19 Jun 2006
Alo ili
Aku ada berita tak best ni.
Sham meninggal pagi tadi kat Sitiawan.
Accident.Tolong baca Yassin dan doakan dia ek.
Member-member kat sini tengah plan nak lawat rumah arwah weekend ni.
-Fendi-

Zap.Rasa seperti petir menyambar.Air mata wanitaku jatuh berderai..Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaanku disaat itu.Aku terus menelefon Fendi,mengharapkan mesej yang diberi tadi hanya gurauan.Ah.Tak berpuas hati dengan jawapan yang diberi oleh Fendi,mahupun rakan-rakan lain ,terusku dail nombor Sham.Berdering..Ya.Masih berdering..Sham..tolong jawab,Sham...


*sebahagian drp isi kandungan di atas telah diubah


Friday, 2 March 2007

Kisah Burung Ciak

kakak: prnh dgr cite psl burung ciak n nabi ibrahim tak?
adik: hurm..tak kot
kakak: pd ms zmn nabi ibrahim la ni
kakak: kan ke nabi ibrahim ada kene bakar dlm api kan?
kakak: tau tak?
adik: nabi ibrahim ek?
adik: xigt la
adik: tp adik tau ade nabi kene bkar
adik: tp ok je
kakak: aah..ada..yg kene bakar tp at last di lepaskn kalo tak silap coz lps je hbs api tu,dia still alive coz dia bc satu ayat quran ni
kakak: tak ingtla ayat ape..nnt bile2 akak check
kakak: berbalik kat cite burung ciak ni
kakak: burung ni burung kecik je..yg burung kecik2 tu
kakak: dia tolong padam kan api nabi ibrahim dgn hanye letak air kat paruh dia je
kakak: byng kn la bleh ke api yg besar tu padam hanye dgn air yg sikit kat paruh dia?
kakak: blh phm tak ni?
adik: ok..boleh2..
adik: tgh dgr la ni
kakak: lps tu,akak tak ingt sape yg tanye...haiwan ape ntah yg tanye kat burung ni..
kakak: haiwan tu tnye...hai burung,knp ko mau tolong padam api tu?padahal kamu takkan ye dpt padam api tu dgn hanye air yg sikit di paruh mu
kakak: nak tau ape burung tu jwb?
adik: die ckp "at least, saye ade gak tlg" ?
adik: sikit demi sikit
kakak: burung tu jwb, supaya aku ada alasan di akhirat kelak bile Allah tanye ape yg kammu buat utk agama mu..
kakak: coz Allah tak tgk natijah or kesan yg akhirnye..Allah tgk usaha kite..
kakak: mcm walaupun burung tu tau yg dia takkan mampu padam api yg bsr tu,at least dia ada tolong buat sesuatu utk bntu nabi daripada takde buat ape2 coz nanti Allah akan tnye di SANA
kakak: so meaning,walau ape pun kite buat,jgn tgk natijah,juz buat da best coz allah tgk usaha kite
kakak: usaha tu penting
kakak: mcm ko belajar skrng gak..ko yakin ke ko akan capai smpi ko jd engineer?ada guarantee ke yg ko akan hidup lama smpi hbs bljr?
kakak: so sbb tu la bile bljr or buat sst,btulkan niat kerana Allah coz bljr tu pun satu ibadah...
kakak: smoga semua ape ibadah kite di terima coz kite tak tau samaada ibadah kite yg buat hr2 tu pun d terima ke tak...
adik: tp, kalo brung tu kate supaya aku ada alasan di akhirat kelak bile Allah tanye ape yg kammu buat utk agama mu..
adik: sounds like die buat supaya ade alasan
adik: bkn sbb btul2 nk tlg nabi
kakak: dia nk sbg pelepas azab..
kakak: ye la..dia nk tlng sbb Allah
kakak: takut dgn seksaan Allah
kakak: ape2 yg kite buat semua mesti la krn Dia
kakak: knp dia nk tlng nabi?sbb dia takutkn Allah..xnk di seksa kelak
kakak: got it?

Yang Pasrah,
Angry Dandruff
(Abg Penerbit)

Thursday, 1 March 2007

kenape? why? pourquoi? naze?

salam
kenape saye tak boleh post msg sblum ni ek? hurm..xpe.try lagi.. =)

kenape saye mulakn blog:
1: cuti 2minggu and takde plan utk gi mane2 (agak pelikla sbb slalunye
saye ni kaki jln)
2: kawan saye baru buat blog gak. tu yg terbukak ati nk buat blog.tenkiu 'S'
3: rase mcm nk kongsi sumthing ngn org lain.saye tau,ilmu atau pengalaman hidup yg saye ade ni tak sebnyk org lain..terlalu dan teramat sedikit. tp ibu penah ckp, rezeki yg Allah kasi tu, bkn utk kite sorng..so, tak salah kalo kongsi ngn org lain,kn? i wont lose anything by sharing..hehe.tibe2 teringt lagu WHAT DID I DO TODAY by dawud wharnsby..
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I smile at my brother?
Was I kind to my mother?
Did I teach another something that I know
Or did my love of this world lead me astray?
Tell me, what did I do today?
4: furthermore,i only have a girlfren and 9 boyfrens here. creating a blog is one of the way to communicate with the world..this is the least that i can do..when i'm gone, there will be sumthing that i won't regret coz i didnt hold back whatever i had in mind..