Dedicated to the missed one.. Manalah mamat ni! Aku merengus sendirian tatkala langkahku melaju melawan detikan jarum jam yang kurasakan saatnya begitu kejap. Mata kecilku liar mencari Presiden Kelab Tae-Kwon-Do itu. Argh! Ni belum lagi mula latihan, aku dah buat warm-up sendiri.Peluh laju membasahi uniform putih yang baru dihadiahi seorang abang senior.Sebagai hadiah hari jadi katanya.Pelik juga aku dengan perangai Abg Muaz tu. Muka dahla hensem, aktif sukan pula tu.Adus.Siapalah yang tak cair..Ya Allah! Apa aku fikir ni? Pang! Pang! Fokus Ili.Fokus.Cari mamat gila tu sampai dapat dulu.Kisah Abg Muaz tu,belakang kira. "Sham! Jom!" Jeritku sekuat hati, melepaskan geram yang sudah bertimbun sedari tadi.Ces.Boleh kau tersengih-sengih macam kerang busuk kat pondok tu. "Jom? Kita nak pergi mana, sayang?". Tak semena-mena mukaku merah sesaat dua.Apa puncanya pun aku tak pasti.Penat agaknya.Phewitt.Phewitt.Terdengar sorakan pelajar-pelajar lain diselangi hilai tawa Sham sendiri. Rosham Noor. Wajahnya tak pernah lekang dengan senyuman yang dapat menyinari hidup mereka di sekelilingnya.Ya.Satu sekolah termasuk guru-guru dan staff perpustakaan amat menyenanginya.Hidup aku dan Sham berbeza.Sham seorang yang pandai bawa diri di mana-mana majlis, aku pula akan kaget kalau diletak di tengah-tengah orang ramai. Sham pembahas bahasa melayu, aku pula setakat debater simpanan.Satu sahaja persamaan kami: tae-kwon-do. "Ok2.Jom pergi.Sori lambat lagi.Budak-budak ni ajak aku borak sampai aku tak sedar dah pukul 3.Nasib baik kau datang panggil.Bertuah aku dapat kau sebagai Naib Pres.Terima kasih." Kubiarkan Sham berbicara sendirian.Kotak mindaku sibuk menyusun rangka-rangka ayat, alasan mengapa kami lambat kali ini. _____________________________ Assolah tu khoirumminan naum...Solat itu lebih baik dari tidur..Allahuakhbar..Kugentil-gentil mata.Emm..Aku kenal benar suara bilal ini..Rajin betul sahabatku ini bangun pagi dan laungkan azan.Kalau pergi surau, dialah no.1.Kalau pergi latihan kelab, dialah no.1 paling lambat.Tersenyum aku sorang2.Aku?Confirmlah no.2 paling lambat kalau asyik kena cari tuan presiden sahaja.Hehe..Lantas kugapai tuala untuk membersihkan diri.Menyembah Tuhan yg Maha Esa.Terima kasih Tuhan kerana masih berikan aku peluang untuk hidup,dapat lihat semut-semut melata..dapat mendengar kicauan beburung di pagi hari ini..Terima kasih Tuhan. ________________________ Hurm.Berapa lama lagi nak sampai Teluk Senangin ni?Aku berkira-kira walaupun sememangnya aku sendiri tak pasti masa perjalanan dari sekolah ke Teluk Senangin itu.Hari semakin gelap.Aku dah tak sabar ni.Sememangnya inilah yang aku nanti-nantikan.Kursus kepimpinan kelab. Kehadiran ustaz yang duduk bersama-sama Sham membuatkan aku dah Qilah kurang selesa kerana kami duduk di seat hadapan mereka.Susah betul untuk kami borak perkara-perkara rahsia.Takut didengari ustaz.Buat nanya sahaja nanti.Baik aku jangan cari pasal. "Kejap!Kejap! Tunggu!" Aku yang duduk di tepi tingkap dapat lihat seorang makcik yang sedang membonceng motosikal suaminya, melambai-lambai menyuruh bas berhenti.Semua orang terpinga-pinga.Kotak minda masing-masing penuh tanda tanya. Kejap itu juga,Sham keluar dari perut bas mendapatkan kedua orang tua itu.Dikucup kedua-dua tangan mereka. "Ha, Ili.Mertua awak".Kata ustaz dengan selamba.Erk!Apa kena ustaz ni?Bukannya aku ada apa-apa hubungan dengan dia pun.Aku buat-buat tak dengar.Lagipun aku memang takut nak bertentang mata dengan ustaz lepasan Universiti Al-Azhar ni. Malam itu, kami 'qiqah' buah-buahan yang diberikan ibubapa Sham.Baik sungguh mereka. ________________________________ 4 tahun berlalu... Lagi beberapa bulan aku akan ke luar negara,sambung pengajian.Sebelum pergi,aku memang ada satu benda yang ingin kulakukan.Jumpa Sham.Aku tak tahu kenapa aku teringin sangat untuk bersemuka dengannya.Aku sendiri tak tahu dia dimana, masuk universiti apa, nombor telefon lagi aku tak tahu.4 tahun berlalu tanpa sebarang khabar darinya.Tapi tak mengapa.Aku akan terus mencari sementara kakiku masih jejak di bumi Malaysia ini. ________________________________ Raya ketiga,2005.Hatiku menari-nari gembira.Sham nak datang beraya...!! Walaupun hari ini openhouse untuk rakan-rakan aku dan adikku sahaja, namun ibu dan ayah turut sama bersemangat.Macam-macam ibu masak.Aku rasa raya kali inilah ramai rakan-rakan sekolah lama datang berkunjung.Maklumlah, semua dah besar dan punya kereta.Aku rasa sangat gembira dapat jumpa rakan-rakan lama..Impian untuk berjumpa Sham kembali, tercapai.Itulah kali pertama dan terakhir.. ______________________________ Sudah dua bulan aku di perantauan.3 bulan pertama,hidup bersama keluarga angkat.Orang Perancis.Banyak benda baru aku pelajari,secara suka mahupun terpaksa.Hidup di negara kafir ini membuatkan aku merindui Malaysia yang teramat.Tetapi, keadaan jadual yang pack membuatkan aku tak menang tangan. "Wei mak datin ni busy sangat ke?Tak call aku dah ke..Sampai ati ko yerk.Jangan lupa Tuhan.Lagi satu jangan nakal-nakal duduk sana." pesan Sham.Maafkanku,Sham.Nanti aku call, ok.. 19 Jun 2006 Alo ili Aku ada berita tak best ni. Sham meninggal pagi tadi kat Sitiawan. Accident.Tolong baca Yassin dan doakan dia ek. Member-member kat sini tengah plan nak lawat rumah arwah weekend ni. -Fendi- Zap.Rasa seperti petir menyambar.Air mata wanitaku jatuh berderai..Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaanku disaat itu.Aku terus menelefon Fendi,mengharapkan mesej yang diberi tadi hanya gurauan.Ah.Tak berpuas hati dengan jawapan yang diberi oleh Fendi,mahupun rakan-rakan lain ,terusku dail nombor Sham.Berdering..Ya.Masih berdering..Sham..tolong jawab,Sham... *sebahagian drp isi kandungan di atas telah diubah |
Monday, 5 March 2007
Cerpen Buat Sahabat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
yosh!! huhu.. permulaan yg baik..bhs yg sempoi n simple.tp, isi masih bley digarap lg n plot msih bley diper baiki!! hoho, cm cikgu tatabahasa dan satera x? anyway, full support from me!!! gambatte!! luv it!!!
ni citer betul ke?
hurm..jln cite tu btul la gak..
salam ili.. waaa.. tk sangka akak ili ada bakat menulis.. tk puas atinyer akak sume anak2 circle akak terer menulis nih!okla..all the best dear..
sambung la lg cite..
leh smbung lg..
tambah la watak2 lain..watak aku pn leh..aku x mtk komisen pn.. :)
ok la..
jgn sedey2 ok!
kuatkn semangat..
al-fatihah
ili..
kiter baru terbace story yang ko tulis tue...
cite betul ek??
kalau betul ko sabar la k....
macam kak ana tue...
kiter yang idup terus kan idup..
sedekah kan Al-Fatihah k...
Post a Comment